Thursday, August 8, 2019

Resepi Minuman Ibu 👩


Resepi Minuman Ibu adalah sebuah platform perkongsian resepi minuman sedap dan popular yang dibina untuk dijadikan sebagai rujukan anda.

Himpunan Koleksi Resepi Minuman Ibu yang sedap untuk berbuka puasa mau pun untuk santai! | Daku ni tiap kali tiba waktu berbuka puasa atau bersantai yang dicari dulu mesti air. Rasanya korang pun sama kan? Lepas minum air barulah nikmati menu lain sama ada kuih, nasi, mee dan sebagainya.

Bila Tiba Waktu Untuk Berbuka atau bersantai? Mestilah pekena air sejuk. Sebab itu bagi siorang air yang sedap adalah harus untuk tiap kali berbuka puasa. Manusia paling suka jika air tu boleh beri rasa fresh lepas minum. Masam manis ke.... best sangat! Antara minuman favourite untuk daku dan famili tiap kali berbuka puasa adalah LAICI. Makin umph laici yang di campur dengan lemon atau soda. 

Dan untungnya sekarang ni ramai yang sudi berkongsi resepi air untuk kita cuba. Kat sini daku himpunkan koleksi resepi beraneka air sedap untuk berbuka puasa. Jom kita cuba sama-sama.

Keunggulan Aplikasi ini

☕ Aplikasi Mudah dipahami
☕ Tampilan Aplikasi Praktis
☕ Ukuran Aplikasi Tidak terlalu besar sehingga tidak membuat smartphone Anda melambat

Contoh Resepi Minuman 1:

Resepi Air Laici Tambah Lemon 🍋 (menu favourite) 🍋

BAHAN-BAHAN:
1 biji lemon | diperah jus dan tapis bijinya 🍋
1 biji lemon | dihiris 🍋
6 helai daun pudina | dileraikan dari tangkai
3 gelas air mineral
2 tin laici berserta buah
2 batang serai (di ketuk)
4 sudu makan gula pasir atau secukupnya
Ais secukupnya

CARA MEMBUATNYA:
1.    Masukkan jus lemon dan air ke dalam jag.
2.    Masukkan gula dan kacau hingga gula larut.
3.    Masukkan hirisan lemon, serai dan daun pudina ke dalamnya.
4.    Akhir sekali masukkan laici tin dan ais.
5.    Sedia dihidangkan.

Contoh Resepi Minuman 2:

Resepi Lemon Pudina Ais & Laici Asam Boi (tengah viral - patut cuba)

Sukatan untuk 1 balang air
Daun pudina RM2.00
Lemon 4 biji
Sunquick 100g
Serbuk Asam Knor 100g
Air Gula 1 liter

Cara Untuk Membuatnya 

1) Kisar 3 biji lemon dengan 2 liter air, amik air sahaja hampas buang masuk dalam bekas air. Masukkan 1 liter air gula.

2) Sunquick dan serbuk asam Knor masukkan sekali 1 liter air panas. Kacau-kacau masukkan dalam bekas air lemon tadi

3) Masukkan air batu, pati air lemon, masuk air masak agak-agak je, 1 biji hiris lemon, daun pudina. Kacau-kacau siap untuk minum

Semoga aplikasi ini dapat membantu anda dalam membuat minuman yang segar , terima kasih telah mendownload jangan lupa share dan rate agar kami selalu meperbahrui  aplikasi yang menyelerakan ini.



DOWNLOAD SEKARANG !

Resepi Minuman Ibu

No comments:

Post a Comment